Aku menulis bahagian ini , dalam blog blog aku ... pada 31 hb Ogos 2012. Hari ini hari kemerdekaan Malayisa .. dalam seminggu dua ini agak sibuk dengan perayaan yang aku tak rayakan , macam sms yang aku jawab kepada penghantar, dia wish aku selamat hari raya maaf zahir batin , aku balas , raya lah pada perayaan yang tidak di rayakan .. senyap dia tak jawab dah , mesti tension lah tu .
3 hari lepas hari lahir aku , pun aku buat dont know sahaja , ada lah beberaa kerat umat yang aku kenal dan tiada masalah dengan mereka , wish aku selamata hari lahir ...
Entah beberapa hari sebelum itu hari raya , aku beraya seorang diri di chalet tempat aku sewa , kedai semua tutup malah KFC pun buka lewat , aku makan roti empat segi , roti mayat as the call it.
Nasib baiklah petang itu , tuan punya chalet datang , dia ada bawa ketupat , rendang ayam serta soto , entah .. aku belasah licin .... licin.....
Hari kedua masih , kedai makan tak buka lagi , malam aku merayap ke bandar berdekatan , jumpalah nasi , hari ketiga baharulah kedai buka .,
Sejak 2008 , aku beraya dengan bayang bayang .